twitter
rss

TAJUK:



Apakah itu bahasa isyarat?
Bahasa isyarat adalah bahasa komunikasi secara manual, iaitu menggunakan bahasa tubuh iaitu tangan, dan gerak bibir, bukannya menggunakan suara untuk berkomunikasi diantara satu sama lain.
Bahasa isyarat ini sangat unik kerana ia boleh berkomunikasi dengan orang yang berbahasa melayu dengan orang berbahasa english atau cina dan sebagainya. Kelebihan seperti ini memudahkan untuk berinteraksi dengan orang yang berbangsa lain.


Bahasa isyarat merupakan bahasa yang, tidak menggunakan pola bunyi, sebaliknya menggunakan pola isyarat dihantar (komunikasi manual, bahasa badan) untuk memberi makna—serentak dengan gabungan bentuk tangan, orientasi dan pergerakkan tangan, lengan, atau badan, dan raut muka untuk menggambarkan dengan licin pemikiran penutur.

Siapa yang seharusnya belajar bahasa isyarat ini.
Bahasa ini digunakan oleh orang-orang yang mempunyai masaalah pendengaran( pekak) dan masalah untuk bercakap (bisu) untuk berkomunikasi sesama mereka dan orang ramai. Dan tidak semestinya digunakan oleh Orang-Orang pekak sahaja. Kepada yang normal ,pendekatan bahasa isyarat boleh digunakan agar kita lebih mesra dan tidak menyisihkan mereka dengan orang yang tidak boleh bercakap atau mendengar ini. Oleh itu, marilah kita sama-sama belajar.


Klik untuk ke Halaman Utama

 

 


0 comments:

Post a Comment